OKU: Kelebihan Penggajian Pekerja Orang Kurang Upaya di Malaysia

Employer Aug 17, 2020

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Orang kurang upaya (OKU), ditafsirkan sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan dengan masyarakat, (Akta Orang Kurang Upaya , 2008).

Di Malaysia, jumlah orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dan bekerja  adalah kurang dari 80 %  untuk golongan umur bekerja (15-64) tahun, (HRDF, Human Capital Report, Issue: Feb 2019/1).

Situasi ini terjadi kerana golongan orang kurang upaya (OKU) adalah golongan yang kurang digaji oleh majikan disebabkan oleh kekangan fizikal dan prejudis bahawa pekerja OKU adalah tidak produktif.

Oleh itu, sebagai langkah untuk meningkatkan  pengambilan tenaga kerja OKU, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya, Akta Orang Kurang Upaya (2008) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dengan  Pelan Tindakan Bagi Memperkasakan Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan beberapa agensi kerajaan yang lain berkerjasama untuk meningkatkan kapasiti sumber manusia pekerja OKU di Malaysia.

Nota

Mengikuti langkah Kementerian Sumber Manusia  untuk penggajian pekerja OKU, Seekers membuka pengambilan OKU sebagai perekrut sambilan berserta latihan percuma. Daftar dan dapatkan pendapatan tambahan anda.


Bagi majikan, penggajian pekerja OKU membuahkan persoalan dan kekeliruan seperti "Bagaimanakah untuk mengurus pekerja OKU?" dan "Apakah kelebihan menggaji pekerja OKU?" Persoalan ini akan terjawab dalam artikel ini.

Untuk permulaan, majikan perlu  melihat info berikut  mengenai Kelebihan Menggaji Pekerja OKU di Malaysia.


Menunaikan Tanggungjawab Sosial

Tanggung jawab Sosial 1

Pengambilan pekerja OKU merupakan tindakan yang murni kerana majikan dapat membantu pekerja OKU meningkatkan taraf hidup dan pada masa yang sama mempromosikan peluang pekerjaan yang sama rata di Malaysia tanpa mengira status individu.

Dengan pemberian peluang untuk bekerja, latihan dan bimbingan, pekerja OKU juga boleh berkerja dan menunaikan tugasan.

Penggajian pekerja OKU akan membina persepsi positif kepada majikan yang lain bahawa pengurusan pekerja OKU tidak sukar dan membuktikan pekerja OKU juga adalah pekerja yang produktif.

Bantuan & Kemudahan

Bantuan & Kemudahan 2

Untuk membantu majikan yang menggaji pekerja OKU, agensi kerajaan memberikan bantuan dan kemudahan. Senarai terkini adalah seperti berikut:

  1. Pengecualian Cukai LHDN & Rebat Cukai
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGPOKU) -  Isentif untuk membantu usahawan OKU menggaji pekerja OKU.
  4. Hire Malaysia PERKESO - Isentif kepada majikan untuk program penggajian.
  5. Skim Pinjaman/sewa - Skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu pekerja OKU membeli alatan dan alat bantuan sokongan (BAT/S).
  6. Pengecualian  yuran dan pendaftaran pembaharuan syarikat - Bantuan dari SSM untuk meningkatkan minat usahawan OKU dalam bidang perniaagan.

Bantuan Latihan & Pembangunan

Bantuan Latihan dan Pembangunan 3

Sebagai tambahan, bantuan latihan dan pembangunan juga diberikan  kepada majikan untuk meningkatkan kapasati penggajian pekerja OKU.

  1. OKU Talent Enhancement Programme (OTEP) -  Geran latihan untuk pekerja OKU.
  2. Economic Empowerment Programme (EEP) -  Program yang bertujuan untuk  mengurangkan kesukaran ekonomi Orang Kurang Upaya.
  3. Perkhidmatan Sokongan Pekerjaan Komuniti (CESS) untuk OKU (JobsMalaysia).

Penggajian pekerja OKU adalah mencabar kerana pengurusan pekerja OKU agak rumit untuk majikan. Namun, dengan bantuan dan  panduan pengurusan daripada pihak agensi kerajaan, majikan boleh menukarkan cabaran ini dengan menjadikannya sebagai amalan perniagaan yang baik melalui penggajian pekerja OKU.

Sumber:  Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, HRDF.


Bagaimana untuk mendapatkan berita terkini tentang hal-ehwal Sumber Manusia?

Seekers telah membina set perisian percuma iaitu 'SRS' (Sistem Rekrut Seekers), yang menampilkan berita terkini hal-ehwal  Sumber Manusia di Papan Pemuka.

Register

Spesifikasi Utama  Seekers SRS:

  • Pengiklanan jawatan kosong secara percuma (Tanpa had)
  • Akses pangkalan data calon pekerja (Guna secara percuma dalam tempoh 1 bulan pertama)
  • Khidmat Sokongan Perekrut Bebas (20,000 perekrut di Malaysia untuk pencarian calon)
  • ATS (Sistem Aplikasi Pengesanan)
  • Reka templat profil syarikat

Harapan kami adalah untuk menyampaikan maklumat kepada semua kakitangan Sumber Manusia dan SRS juga akan membantu memudahkan tugasan Sumber Manusia syarikat anda!


Seekers

Seekers will empower hiring companies with free job posting platform combined with Google for Jobs SEO, Automated Screening, Performance Analytics, and Headhunting with Recruiters.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.