OKU: Kelebihan Penggajian Pekerja Orang Kurang Upaya di Malaysia

Employer Aug 17, 2020

Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Orang kurang upaya (OKU), ditafsirkan sebagai individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan dengan masyarakat, (Akta Orang Kurang Upaya , 2008).

Di Malaysia, jumlah orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dan bekerja  adalah kurang dari 80 %  untuk golongan umur bekerja (15-64) tahun, (HRDF, Human Capital Report, Issue: Feb 2019/1).

Situasi ini terjadi kerana golongan orang kurang upaya (OKU) adalah golongan yang kurang digaji oleh majikan disebabkan oleh kekangan fizikal dan prejudis bahawa pekerja OKU adalah tidak produktif.

Oleh itu, sebagai langkah untuk meningkatkan  pengambilan tenaga kerja OKU, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya, Akta Orang Kurang Upaya (2008) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dengan  Pelan Tindakan Bagi Memperkasakan Penempatan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan beberapa agensi kerajaan yang lain berkerjasama untuk meningkatkan kapasiti sumber manusia pekerja OKU di Malaysia.

Mengikuti langkah Kementerian Sumber Manusia  untuk penggajian pekerja OKU, Seekers membuka pengambilan OKU sebagai perekrut sambilan berserta latihan percuma. Daftar dan dapatkan pendapatan tambahan anda.


Bagi majikan, penggajian pekerja OKU membuahkan persoalan dan kekeliruan seperti "Bagaimanakah untuk mengurus pekerja OKU?" dan "Apakah kelebihan menggaji pekerja OKU?" Persoalan ini akan terjawab dalam artikel ini.

Untuk permulaan, majikan perlu  melihat info berikut  mengenai Kelebihan Menggaji Pekerja OKU di Malaysia.

Menunaikan Tanggungjawab Sosial

Tanggung jawab Sosial 1

Pengambilan pekerja OKU merupakan tindakan yang murni kerana majikan dapat membantu pekerja OKU meningkatkan taraf hidup dan pada masa yang sama mempromosikan peluang pekerjaan yang sama rata di Malaysia tanpa mengira status individu.

Dengan pemberian peluang untuk bekerja, latihan dan bimbingan, pekerja OKU juga boleh berkerja dan menunaikan tugasan.

Penggajian pekerja OKU akan membina persepsi positif kepada majikan yang lain bahawa pengurusan pekerja OKU tidak sukar dan membuktikan pekerja OKU juga adalah pekerja yang produktif.

Bantuan & Kemudahan

Bantuan & Kemudahan 2

Untuk membantu majikan yang menggaji pekerja OKU, agensi kerajaan memberikan bantuan dan kemudahan. Senarai terkini adalah seperti berikut:

  1. Pengecualian Cukai LHDN & Rebat Cukai
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGPOKU) -  Isentif untuk membantu usahawan OKU menggaji pekerja OKU.
  4. Hire Malaysia PERKESO - Isentif kepada majikan untuk program penggajian.
  5. Skim Pinjaman/sewa - Skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu pekerja OKU membeli alatan dan alat bantuan sokongan (BAT/S).
  6. Pengecualian  yuran dan pendaftaran pembaharuan syarikat - Bantuan dari SSM untuk meningkatkan minat usahawan OKU dalam bidang perniaagan.

Bantuan Latihan & Pembangunan

Bantuan Latihan dan Pembangunan 3

Sebagai tambahan, bantuan latihan dan pembangunan juga diberikan  kepada majikan untuk meningkatkan kapasati penggajian pekerja OKU.

  1. OKU Talent Enhancement Programme (OTEP) -  Geran latihan untuk pekerja OKU.
  2. Economic Empowerment Programme (EEP) -  Program yang bertujuan untuk  mengurangkan kesukaran ekonomi Orang Kurang Upaya.
  3. Perkhidmatan Sokongan Pekerjaan Komuniti (CESS) untuk OKU (JobsMalaysia).

Penggajian pekerja OKU adalah mencabar kerana pengurusan pekerja OKU agak rumit untuk majikan. Namun, dengan bantuan dan  panduan pengurusan daripada pihak agensi kerajaan, majikan boleh menukarkan cabaran ini dengan menjadikannya sebagai amalan perniagaan yang baik melalui penggajian pekerja OKU.

Sumber:  Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, HRDF.


Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia

Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.

Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.

                                                                                                                                                                                                         
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.