Penyelesaian Kes Buruh di Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan?

Employer Mar 15, 2021


Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Hubungan diantara majikan dan pekerja  tidak semestinya akan harmoni, malah mungkin akan menghasilkan konflik dan menjadi kes buruh.

Di Malaysia, terdapat 2 jenis mahkamah yang akan mengendalikan kes buruh iaitu Mahkamah Buruh dan Makhamah Perusahaan. Lihat artikel ini dengan lanjut untuk mengetahui perbezaan fungsi  dan proses kedua-dua mahkamah.


Mahkamah Buruh

Fungsi

Mahkamah Buruh terletak bawah bidang kuasa  Jabatan Tenaga Kerja Malaysia berdasarkan (Seksyen 69) Akta Pekerjaan 1955.

Kondisi

Aduan kes buruh boleh dimulakan oleh majikan, pekerja, orang awam, mahupun agensi berdasarkan kondisi:

Akta/Seksyen Jenis Buruh Kondisi
(Seksyen 69) Akta Pekerjaan 1955 Pekerja yang dalam senarai Jadual 1 Akta Pekerjaan 1955. Gaji/bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan/sebarang peruntukan di bawah akta perburuhan.
Mengesahkan atau mengenepikan apa-apa keputusan di bawah S.14 (1).
Kes perlu difailkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh.
Akta Pekerjaan 1955 Pekerja yang upahnya melebihi RM2000 tetapi tidak melebihi RM5000. Gaji atau apa-apa bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan.

Proses

Proses kes buruh adalah seperti berikut:

1. Aduan diterima  melalui  surat, email, kehadiran sendiri ke Pejabat Buruh, atau melalui telefon ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia/Jabatan Tenaga Kerja Sarawak /Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

2. Dokumen yang diperlukan:

i. Nama dan alamat pengadu

ii. Nama dan alamat syarikat

iii. Maklumat mengenai kes buruh

iv. Dokumen sokongan seperti Kontrak Pekerjaan/Slip gaji jika ada  

3. Siasatan kes akan dijalankan setelah aduan diterima.

4. Jika aduan berasas, tindakan akan diambil melalui notis pembetulan, pendakwaan atau kompaun. Keputusan siasatan akan dimaklumkan kepada pengadu.

5.  Untuk kes pendakwaan, perakaman kenyataan bersumpah tuntutan pengadu akan dijalankan.

6. Penentuan tarikh sebutan kes.

7. Surat panggilan kepada pengadu dan saman kepada defendan.

8. Perbicaraan Kes Buruh.

9. Perintah.

Bagi pihak yang tidak berpuashati terhadap Perintah Mahkamah Buruh boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan Perintah.


Mahkamah Perusahaan

Fungsi

Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa  untuk membicarakan dan membuat keputusan mengenai kes buruh seiring dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dengan rujukan Kementerian Sumber Manusia.

Kondisi

Kes-Kes yang dibicarakan di Mahkamah Perusahaan meliputi:

Dari YB Menteri Sumber Manusia:

i. Section 20(3) on Employment Dismissal

ii. Section 26(1) on Trade Dispute

iii. Section 26(2) on Trade Dispute

iv. Section Section 8 (Victimization)

Permohonan terus ke Mahkamah Perusahaan:

i. Section 56(1) on Non-Compliance of Award/Collective Agreement

ii. Section 33(1) on Interpretation of Award/ Collective Agreement

iii. Section 33(A) on Points of Law

iv. Section 33(2) on Variation of Award/Collective Agreement

Proses

Proses 1
Sumber: Mahkamah Perusahaan Malaysia

Keputusan  oleh  Mahkamah Perusahaan adalah muktamad. Namun, pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan melalui 2 cara iaitu Judicial Review atau rayuan melalui (Seksyen 33A),  Akta Perhubungan Industri 1967.


Rayuan melalui Judicial Review

jury 1

Judicial review ditafsirkan sebagai "a process from High Court in exercising its supervisory jurisdiction over the proceeding/decisions of inferior courts, tribunals, other bodies/ persons who carry out quasi-judicial functions or who are charged with the performance of public acts and duties" (Judicial Appointments Commission: Journal of the Malaysian Judiciary, July 2017).

Permohonan  perlu difailkan dalam tempoh 3  bulan dari tarikh "Award" Mahkamah Perusahaan.


Rayuan melalui Seksyen (33 A), Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Rayuan melalui melalui seksyen ini untuk mempertikaikan keputusan  "Award".

Mahkamah Perusahaan 1
Sumber: Attorney General's Chambers of Malaysia

Rayuan perlu dimohon kepada Mahkamah Perusahaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh "Award".

Sebagai rumusan, syarikat boleh menyelesaikan isu kes buruh melalui mahkamah buruh ataun mahkamah perusahaan berdasarkan tangga gaji pekerja dan ciri-ciri kes buruh.

Sumber: Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Mahkamah Perusahaan Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.


Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia

Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.

Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.

                                                                                                                                                                                                         
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.