ESD Malaysia: 4-Langkah Prosedur Permohonan Pas Pekerja Ekspatriat

Employer Mar 23, 2021

Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Untuk makluman majikan, terdapat  kaedah lain untuk membuat Pas Pekerja selain dari permohonan melalui MDEC (Expats Service Centre).

Dalam artikel ini, majikan akan diterangkan mengenai permohonan Pas Pekerja melalui ESD, Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia.

NOTA

Prosedur 1-2 adalah  untuk pendaftaran syarikat baru. Syarikat yang mempunyai ESD akaun boleh merujuk ke Prosedur 3.

Prosedur 1: Pendaftaran Syarikat

Sebelum mendaftar dengan ESD, MAJIKAN perlu memastikan syarikat anda mematuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

a. Syarikat adalah BERDAFTAR dengan mana-mana seperti senarai berikut:

i. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  dibawah Akta Syarikat 1965.

ii. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS)  dibawah Akta Organisasi 1966.

iii. Firma yang ditubuhkan dibawah  Undang-Undang Khas seperti Firma Perundangan  dan Firma Perakaunan.

iv. Organisasi yang disokongi oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan.

v. Organisasi Antrabangsa yang diiktiraf oleh Kementerian Luar Negeri.

b.  Syarat-syarat kelayakan:

 ESD 1
Sumber: ESD

i. Untuk Syarikat Milikan Usaha Sama, minimum saham 30% adalah dari saham milikan asing.

ii. Berdasarkan Panduan Penglibatan Milikan Asing dalam  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, penglibatan asing  adalah DILARANG seperti dalam senarai ini. Justeru, permohonan Pas Jangka Masa Panjang(Lebih dari 3 bulan) termasuk Pas Pekerja untuk sektor ini adalah DILARANG.

iii. Sektor ICT hanya dibenarkan untuk memohon  Pas Lawatan Professional (PVP).

iv.  Untuk Pas PVP sahaja, majikan masih dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat kelayakan.


Majikan yang berkelayakan akan menjalani proses pendaftaran berikut:

i. Penciptaan akaun di  ESD Web.

ii. Penyerahan permohonan -  penyediaan dokumen-dokumen dan projeksi syarikat (berdasarkan bilangan permohonan Ekspatriat) termasuk  untuk pembaharuan dan pengambilan baru.  

iii. Semakan -  Admin ESD akan menyemak kesahihan dokumen.  

iv. Pemberitahuan -  Majikan akan dimaklumkan mengenai status permohonan samada (Lulus/Gagal).


Prosedur 2: Pengaktifan Syarikat

Proses untuk mengaktifkan syarikat merangkumi:

i. Temujanji  secara atas talian di web ESD .

ii. Cetakan "Letter of Undertaking(LOU) ".

iii. Serahan LOU -  Pengarah syarikat dikehendaki untuk hadir ke temujanji di pejabat ESD

iv. Tandatangani LOU .

NOTA

Untuk contoh kes:

i. Jika kuota untuk projeksi telah penuh, majikan boleh membuat permohonan projeksi baru dengan alasan yang munasabah.

ii. Jika data mengenai jawatan tiada dalam rekod sistem, majikan perlu membuat Permohonan  Jawatan.

Untuk makluman, Pas Pekerja dikategorikan berdasarkan jenis dan jumlah gaji.

ESD 2

Disamping itu, MAJIKAN dikehendaki:

i.  Menyerahkan Surat Kebenaran untuk Pas Pekerja(Kategori I/II/III) dari  Agensi & Badan Berkanun Yang terlibat dalam kelulusan Surat Kebenaran untuk sektor dalam kawalan selia.

ii. Untuk sektor yang tiada kawalan selia, permohonan Pas Pekerja(Kategori I/II/III) akan disemak oleh Komuniti Ekspatriat.


Prosedur 3: Permohonan Ekspatriat di Sistem MYXpats

Majikan akan menggunakan sistem MYXpats untuk proses lanjut:

i. Membuat permohonan.

ii. Serahan permohonan.

iii. Semakan dokumen dan pengesahan.

iv. Pemberitahuan - Majikan akan dimaklumkan mengenai status permohonan  (Lulus atau Gagal).

MAKLUMAT TAMBAHAN

Berdasarkan prosedur terkini sebelum membuat permohon pas pekerja ekspatriat, MAJIKAN perlu mengikuti proses berikut:

Berikut merupakan senarai jenis Pas untuk rujukan majikan.

ESD 3

3. TEMPOH COOLING-OFF:

i. Pemegang Pas Pekerja Kategori III yang telah memperbaharui pas selama (2) kali  atau (3) tahun  berterusan WAJIB  keluar dari Malaysia dan menunggu dalam tempoh (3) bulan untuk permohonan semula Pas Pekerja Kategori III.

Pengecualian  hanya untuk  penukaran Pas Pekerja  Kategori  III ke Pas Pekerja Kategori  I/II.

ii. Pemegang Pas Pekerja Kategori III yang bertukar majikan baru WAJIB keluar dari Malaysia dan menunggu dalam tempoh (3) bulan untuk permohonan Pas Pekerja Kategori III.

iii. Pemegang Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara) yang mahu menukar ke Pas Pekerja kategori lain WAJIB keluar dari Malaysia dan menunggu dalam tempoh (3) bulan untuk permohonan semula Pas Pekerja kategori lain.

Untuk rujukan lanjut mengenai maklumat Dokumen yang diperlukan, rujuk Buku Panduan ESD.


Prosedur 4: Endorsan Pasport

Setelah kelulusan dikeluarkan, MAJIKAN akan menjalani proses berikut:

i.  Cetak Surat Kebenaran

ii. Kemasukan -  Ekspatriat perlu memasuki Malaysia dari tempoh (30) hari dari tarikh pengendorsan pelekat Pas Pekerja sebagai prosedur biasa. NAMUN, untuk kemasukan dalam tempoh Pandemik COVID-19, majikan perlu merujuk Panduan Kemasukan Eskpatriat ESD.  

iii. Kehadiran ke  MYXpats Centre  dan serahkan dokumen yang berkenaan dengan pelekat Pas Pekerja.  

iv. Pembayaran kos imigresen di kaunter  MYXpats.

v. Endorsan - Dokumen termasuk Pasport Asli, Salinan Surat Kebenaran/Resit Pembayaran/Borang DP11/DP11A dengan cop syarikat /perincian penyokong yang dilantik seperti  yang ditandatangani di Surat LOU (Letter of Undertaking).

vi. Pengambilan Pasport selepas (3) hari bekerja.


NOTA

Prosedur ini adalah rujukan dari Jabatan Imigresen Malaysia. Terdapat kebarangkalian perubahan proses oleh Jabatan Imigresen Malaysia.  

Sumber: ESD, PERKESO.


Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia

Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.

Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.

                                                                                                                                                                                                         
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.


Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.