HRDF - 10 Senarai Skim Latihan Pekerja Malaysia.
Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.
Berita baik untuk majikan yang sedang mencari skim latihan dan pembangunan untuk syarikat anda. HRDF (Human Resources Development Fund), merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan skim untuk majikan di Malaysia.
Skim ini dirangka untuk meningkatkan pembangunan tenaga kerja semasa dan masa akan datang untuk menyokong visi negara ke arah negara berpendapatan ekonomi tinggi.
Artikel ini akan memperlihatkan 10 senarai skim HRDF untuk rujukan majikan.
1. Skim Bantuan Latihan (SBL)
Objektif
Bertujuan untuk membantu majikan meningkatkan kemahiran pekerja dalam operasi pekerjaan.
Skim ini merangkumi:
i. Latihan In-House (on premise, hotel / kawasan luar) awam atau ( tempatan/luar negara).
ii. Pembimbing kerjaya.
iii. Pembelajaran mudah alih(mobile-learning).
iv. Khidmat nasihat & bimbingan.
v. Program pembangunan.
vi. Pembelajaran atas talian ( e-Learning/Blended e-Learning (Hybrid)/Mobile Learning/Remote Online Learning).
2. Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas)
Objektif
Bertujuan untuk membantu majikan meningkatkan kemahiran pekerja dalam operasi pekerjaan. Sebagai tambahan aspek, tempoh masa latihan ditambahkan ke 7 jam sebagai tempoh minimum latihan.
Skim ini merangkumi:
i. Latihan In-House (premis, hotel/tempat latihan luar) & untuk 2 - 40 orang peserta.
ii. Untuk awam (tempatan / luar negara) - disediakan untuk 1- 9 orang peserta.
3. Skim Latihan Bersama (SLB)
Objektif
Bantuan untuk majikan menjalankan latihan bersama dengan majikan berdaftar yang lain dengan fasiliti pelatih dalaman syarikat atau pelatih luaran.
Penyertaan peserta yang diperlukan adalah dari 2 - 40 orang peserta dan kos latihan perlu dikongsi bersama dengan majikan yang terlibat dengan mengambil kira jumlah peserta.
4. Industrial Training Scheme (ITS)
Objektif
Skim ini disasarkan kepada pelatih yang menjalani latihan industri di premis majikan dengan dari tempoh 2 - 8 bulan.
Majikan akan dibantu dengan:
i. Elaun bulanan maksimum Rm 500/peserta.
ii. Alat perlindungan diri 1set sahaja.
iii. Insuran (jika ada).
iv. Bantuan kewangan ini berdasarkan 20 % dari baki levi daripada tahun pertama permohonan majikan.
5. Future Workers Training (FWT)
Objektif
Untuk membantu majikan menggaji pekerja yang berkemampuan menjalankan tugasan dengan pengawasan minimum dan untuk melatih bakal pekerja baru dengan skill dan kompetasi yang bersesuaian sebelum memulakan tugasan.
Melalui skim ini, majikan akan menerima bantuan kewangan iaitu:
i. Kos yuran (Program Awam).
ii. RM 1, 300/hari/bilangan peserta
iii. Kos lain.
iv. Elaun harian.
6. On Job Training (OJT)
Objektif
Bertujuan untuk mengalakkan pekerja berkemahiran/penyelia untuk melatih dan melengkapkan pekerja baru dengan skill yang bersesuaian.
Pekerja baru akan menerima kemahiran dan kompentasi yang bersesuaian untuk menjalankan tugasan yang telah ditetapkan.
Menerusi skim ini, latihan ini boleh dijalankan secara sesi untuk tempoh 1 jam per sesi atau tempoh maksimum 300 jam.
Majikan akan menerima bantuan seperti:
i. Rm 50/jam/pelatih.
ii. Bahan pembelajaran (per resit).
iii. Buku/jurnal.
7. Computer Based Training (CBT)
Objektif
Bertujuan untuk membantu majikan membeli atau membangunkan perisian latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dan membantu majikan yang tidak dapat menyediakan latihan luaran kepada pekerja.
Majikan akan dibantu dengan bantuan kewangan (tertakluk kepada baki skim).
Untuk majikan, yang berhasrat membina perisan latihan mereka sendiri, perlu memohon kebenaran geran dari HRDF dengan penyerahan kertas kerja sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pemberitahuan pembinaan perisian tersebut.
Spesifikasi untuk skim ini adalah:
i. Perisian adalah dalam bentuk CD/ DVD/DVD ROM/video.
ii. Untuk tujuan latihan dan pembelajaran sahaja.
iii. Program latihan adalah berciri interaktif dan pengguna boleh mempelajari kemahiran tanpa pelatih.
iv. Mempunyai kemampuan untuk memeriksa tahap pembelajaran pengguna.
v. Perisian yang tidak layak adalah perisian yang digunakan untuk set paparan , pembacaan, atau perisian aplikasi untuk kegunaan harian operasi syarikat.
8. Information Technology (IT)
Objektif
Untuk membantu majikan melatih pekerja dalam bidang Teknologi Maklumat(IT).
Bantuan kewangan disediakan untuk pembelian(desktop/laptop/webcam/sambungan internet) untuk tahun pertama.
Skim ini merangkumi:
i. Pembelian maksimum sebanyak Rm 25,000.
ii. Permohonan boleh dibuat secara 1 kali setiap 3 tahun.
iii. Bilangan desktop/laptop adalah 1 unit untuk 5 orang pekerja.
9. Recognition of Prior Learning (RPL)
Objektif
Bertujuan untuk membantu pekerja mendapatkan pengiktirafan berkenaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman berkerja mereka dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).
Majikan juga boleh membantu pekerja yang tidak mempunyai sijil kelayakan namun mempunyai pengetahuan dan kemahiran pekerjaan melalui skim ini.
Melalui skim ini, majikan akan dibantu dengan yuran pendaftaran sebanyak Rm 300/bil peserta/tahap seperti yang bayaran yang dikenakan DSD.
10. Training Facilities and Renovation (ALAT)
Objektif
Mendorong latihan dalaman dan peningkatan kemahiran pekerja dengan membeli alat bantu latihan untuk (mendirikan / mengubahsuai / meningkatkan bilik latihan) tidak termasuk pembinaan bangunan, pusat latihan / penyewaan bilik latihan.
Majikan akan menerima bantuan kewangan tertakluk kepada jumlah maksimum 30 % baki levi pada tahun permohonan dilakukan.
Jenis Bantuan
Bantuan Peralatan | Bantuan Penyediaan Bilik Latihan |
---|---|
Set Televisyen | Penyediaan wayar untuk Overhead Projector |
VCR (Video Cassette Recorders) | Lukisan untuk Bilik Latihan |
VCD (Video Compact Disc) Player/ DVD (Digital Video Disc) Player | Penyediaan penghawa dingin untuk bilik latihan |
Projektor Overhead/Multimedia | Pemasangan karpet,penghalang cahaya, dinding gelas |
LCD dan Direct Projector | Ubahsuai siling bilik |
Skrin dan papan putih | Wayar untuk plug dan soket |
Tape latihan dan video | Pemasangan kabel network/sambungan internet |
Video latihan Compact Disc | - |
Slide/Poster/Patung | - |
Kerusi/Meja untuk bilik latihan sahaja | - |
Papan Flip Chart | - |
Notebook (setiap tempoh 2 tahun) | - |
Nota
Majikan perlu mendaftar dengan HRDF untuk memohon skim.
Terdapat kebarangkalian perubahan skim dari HRDF atau Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Sumber: HRDF
Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia
Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.
Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.