13-Langkah Kaedah Pengurusan Pekerja Malaysia Ke Luar Negara

Employer Jan 4, 2021

Ini adalah panduan mengenai prosedur terkini daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk proses pencari kerja warganegara Malaysia bekerja di luar Malaysia bagi majikan yang  menggunakan  khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) berlesen B/C sahaja.

Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Majikan yang berhasrat membuat pengambilan pekerja warganegara Malaysia ke luar negara disarankan untuk menggunakan khidmat APS berlesen di bawah pemantauan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

NAMUN, sebelum  memilih untuk membuat pengambilan pekerja untuk bekerja ke luar negara, MAJIKAN perlu memastikan kemampuan dalam perkara-perkara berikut:

i.  Memaklumkan maklumat pekerja berkaitan kepada Kedutaan Besar Malaysia di negara penerima dan APS yang bertanggungjawab.

ii.   Menyediakan segala kemudahan seperti  yang tertera dalam kontrak perkhidmatan (penginapan, pengangkutan, Insurans Pekerjaan,  penghantaran pulang jenazah dan hilang upaya kekal) dan lain-lain terma  kontrak perkhidmatan.

iii.  Bertanggungjawab menanggung sepenuhnya kos penghantaran pulang pekerja tempatan yang bekerja di luar negara ke Malaysia kecuali dalam keadaan berikut:

a) Ditamatkan perkhidmatan atas isu salah laku.

b) Melarikan diri - Pekerja meninggalkan pekerjaan tanpa kebenaran majikan.

c) Meletak jawatan - (Rujuk kepada  kepada undang-undang negara penerima untuk proses lanjut).


Prosedur 1

Majikan menggunakan khidmat APS (Agensi Pekerjaan Swasta) yang telah menerima Tawaran Kerja dari agensi pekerjaan di luar negara/majikan di luar negara.

Untuk makluman, kekosongan jawatan perlu  mempunyai pengesahan bertulis /dokumentasi  dari APS/majikan atau pihak kedutaan negara penerima.

Majikan perlu merujuk kepada polisi dan undang undang Imigresen negara penerima. Pengesahan perlu dilakukan untuk mengelakkan penipuan, pelanggaran undang-undang/polisi negara penerima.

NOTA

Dalam tempoh PKPB, pekerja Malaysia yang ke luar negara, perlu memohon kebenaran melalui portal  My Travel Pass.

Prosedur 2

Pengiklankan kekosongan jawatan dijalankan oleh APS berdasarkan kepada Seksyen 18, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta 246 (dengan maklumat seperti lokasi kerja, Nama APS yang bertanggungjawab, No lesen, info gaji dan skop kerja).

Untuk rujukan Akta, lihat sini.

Prosedur 3

Proses rekrut dijalankan. Semakan kelayakan dan dokumen sokongan pencari kerja semasa proses temuduga untuk pencarian calon yang sesuai.

Prosedur 4

Penyediakan  surat tawaran kerja yang lengkap dengan  terma dan syarat perkhidmatan kepada pekerja yang telah lulus proses temuduga.

Prosedur 5

APS perlu membimbing pencari kerja memohon Sijil Kelakuan Baik sekiranya terdapat permintaan daripada majikan luar negara.

Jika permohonan GAGAL, rayuan boleh dibuat ke Kementerian Luar Negeri.

Rujukan Lanjut:

Kementerian Luar Negeri:

No 1, Jalan Wisma Putra , Presint 2,  62602 Putrajaya.

No Tel: +603 – 8887 4000

Emel: [email protected]

Prosedur 6

APS  membimbing pencari kerja  untuk  menjalani ujian saringan pemeriksaan kesihatan mengikut prosedur NEGARA PENERIMA.

Namun, prosedur ini tertakluk kepada 2 senario iaitu:

  1. Jika LULUS :

i) Syarat - syarat lain yang ditetapkan oleh negara penerima telah sepenuhnya dipatuhi,

ii) Pencari kerja tandatangan kontrak perkhidmatan.

iii) APS menyimpan salinan dan memberi sesalinan kontrak perkhidmatan kepada pencari kerja, majikan dan Pejabat Tenaga Kerja.

2. Jika GAGAL - Pencari kerja TIDAK dibenarkan untuk menerima jawatan dan proses rekrut DITAMATKAN. Majikan perlu MENOLAK calon tersebut.

Prosedur 7

Untuk permohonan VISA, semakan  dengan Peraturan Imigresen negara penerima perlu dilakukan terutamanya untuk penghantaran pekerja dalam Tempoh Pandemik COVID-19.

Tempoh kelulusan permohonan  VISA tertakluk kepada prosedur NEGARA PENERIMA.

Prosedur 8

Dalam prosedur ini,  pihak APS  perlu membuat laporan senarai pencari kerja yang berjaya untuk ditempatkan di luar negara kepada Kementerian Luar Negeri, JTKSM atau agensi berkaitan dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Prosedur 9

Taklimat mengenai persediaan yang perlu dibuat  untuk  bakal pekerja yang akan   bekerja di luar negara.

Majikan boleh meminta kehadiran Pegawai JTK sebagai pemerhati taklimat jika perlu.

Prosedur 10

Penguruskan tiket penerbangan untuk pencari kerja.

Prosedur 11

Penguruskan pelepasan pencari kerja yang berjaya di lapangan terbang atau kawasan pelepasan yang lain.

Prosedur 12

Semakan ketibaan pencari kerja melalui agensi pekerjaan atau majikan di luar negara bagi memastikan pencari kerja telah sampai ke destinasi mereka.

Pemantauan pekerja di luar negara perlu dilakukan untuk pastikan kebajikan pekerja dijaga.

Prosedur 13

APS mengemukakan pelaporan pendaftaran, penempatan, kekosongan jawatan, akuan penerimaan oleh majikan kepada JTKSM mengikut borang dan prosedur yang ditetapkan.


Nota

Prosedur ini adalah panduan terkini dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Terdapat kebarangkalian perubahan prosedur oleh Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan berlaku.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia


Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia

Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.

Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.

                                                                                                                                                                                                         
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.