Peraturan Keluar Masuk Malaysia 2021

Employer Mar 23, 2021

Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Ini adalah panduan untuk Kebenaran Keluar dan Kemasukan ke Malaysia untuk Ekspatriat/Pekerja Berkemahiran & Berpengetahuan/Pekerja Professional/Pas Residen, Pas Profesional/Dependent, Pas Jangka Lama-Lawatan Sosial/Orang Gaji Asing.

Bahana pandemik Covid-19 membuatkan negara terpaksa menutup sempadan negara selain membawa cabaran kepada pihak majikan untuk kemasukan dan keluar pekerja ekspatriate ke luar negara.

Untuk makluman majikan, anda tidak perlu khuatir kerana Bahagian Khidmat Ekspatriat (ESD) telah mengeluarkan maklumat mengenai tatacara terkini untuk keluar dan kemasukan semula ekspatriat.


Tatacara  untuk keluar dan kemasukan ke Malaysia -  Khas untuk ekspatriat  yang mempunyai Pas Pekerja yang aktif  berikut:

Pas Pekerja Kategori:

i.  (EP I/ II/III)

ii. Residence Pass Talent (RP-T)

iii. Professional Visit Pass (PVP), Dependants

iv. Foreign Maids for (EP I/II /III & RP-T)

v. Long Term Social Visit Pass (LT-SVP) for (EP I/I, III & RP-T)

Untuk makluman, Kebenaran Keluar dan Masuk  Ke Malaysia hanya dibenarkan untuk  tujuan kecemasan dan perubatan.

Prosedur 1

Sebelum bergerak keluar, ekspatriat perlu memohon Kebenaran untuk Keluar dan Kemasukan ke Malaysia daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk maklumat mengenai kemasukan ekspatriat yang berada di luar negara, pemohon boleh merujuk kepada Peta Minda Kemasukan Ekspatriat.

Permohonan perlu dihantar melalui MYEntry  di ESD sistem online untuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Permohonan akan diproses dalam tempoh (3-5) hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut :

Hubungi: 03-8880 1449

Ibu Pejabat ESD: Jabatan Imigresen Malaysia, Tingkat 3 (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya.


Prosedur 2

Setelah penerimaan Surat Kebenaran Keluar dan  Masuk ke Malaysia, ekspatriat boleh bergerak keluar/masuk dan perlu memberikan surat tersebut sewaktu perlepasan kepada pegawai Imigresen.

Namun, ekspatriat perlu pulang semula ke Malaysia dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat  kebenaran dikeluarkan.


Prosedur 3

Untuk kemasukan semula ke Malaysia, ekspatriat disarankan untuk menjalani ujian  PCR Covid-19 di luar negara dalam tempoh 3 hari sebelum pelepasan ke Malaysia dan pastikan keputusan ujian Covid-19  adalah NEGATIF.

Ekspatriat WAJIB memuat turun aplikasi telefon  “ My Sejahtera” sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Tujuan utama prosedur ini adalah untuk memantau keadaan kesihatan ekspatriat dan sebagai langkah drastik untuk tindakan rawatan (jika perlu).

Sumber: Google Apps Store

Prosedur 4

Sewaktu ketibaan di Pintu Masuk, ekspatriat perlu mengemukakan dokumen berikut kepada Pegawai Imigresen:

i. Surat Kebenaran Masuk

ii. Pas yang sah/Surat Kebenaran/Visa dengan rujukan(VDR)

iii. Keputusan Ujian PCR COVID-19(jika ada)

Sebagai tambahan, ekspatriat akan menjalani:

i.  Ujian PCR COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii. Kuarantin Wajib berdasarkan 2 situasi kes:

a. Jika Keputusan Ujian PCR COVID-19 NEGATIF, kuaratin wajib adalah (7) hari.

b. Jika tiada keputusan Ujian PCR COVID-19, kuarantin wajib adalah (10) hari.

NOTA

Kos Ujian PCR COVID-19 dan kos  rawatan di pusat kuarantin adalah dibawah tanggungan ekspatriat.

Sebagai peringatan:

Sekiranya berlaku KEGAGALAN MEMBAYAR KOS KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, pas aktif ekspatriat akan ditarik balik, disenaraihitam dalam sistem Imigresen dan notis  Larangan Mendarat (Not To Land (NTL ) dan pengusiran keluar Ekspatriat.

Oleh itu, pekerja Ekspatriat dikehendaki mematuhi peraturan dan ketetapan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.


Pintu Masuk Yang Dibenarkan

i. Kuala Lumpur International Airport (KLIA 1 & 2).

ii. Sultan Ismail International Airport, Senai, Johor

iii. Bayan Lepas International Airport, Penang.

iv. Langkawi International Airport, Kedah.

v. Kuching International Airport, Sarawak.

vi. Kota Kinabalu International Airport, Sabah.

vii. Sultan Abu Bakar Complex (2nd Link), Johor (Entry by automobile).

vii. Immigration Checkpoint, Sultan Iskandar Building (BSI), Johor (Entry by automobile).


Tatacara untuk Keluar - Ekspatriat yang berhasrat untuk pulang terus ke negara asal.

Contoh kes adalah seperti penamatan kontrak/kontrak tamat tempoh/ tempoh Pas dipendekkan. Untuk ekspatriat dengan kes seperti ini, mereka tidak perlu  memohon di MYEntry dan tidak perlu  memohon Surat Kebenaran Keluar Malaysia.


Nota

Tatacara ini adalah sebagai rujukan dalam tempoh Perintah Pemulihan Kawalan Pergerakan Kawalan. Terdapat kebarangkalian perubahan prosedur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan berlaku.

Sumber: Bahagian Khidmat Eskpatriat (ESD)


Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia

Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.

Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.

                                                                                                                                                                                                         
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.


Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.