Tatacara Permohonan Pas Pekerja Ekspatriat melalui MDEC
Lihat artikel dalam Bahasa Inggeris.
Pusat Servis Ekspatriat (MDEC) merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) dibawah kendalian MDEC yang ditubuhkan pada 2007 untuk memudahkan proses permohonan Pas Pekerja.
Pusat Sehenti ini memproses Pas Pekerja kepada syarikat yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan syarikat bukan berstatus MSC selain menawarkan bantuan khidmat pelanggan, Hotline kecemasan dan khidmat perundingan.
Sekiranya syarikat anda ingin memohon Pas Pekerja Ekspatriat, ikuti tatacara permohonan untuk syarikat berstatus MSC dan syarikat bukan berstatus MSC.
Permohonan Syarikat Berstatus MSC
Sebelum memulakan proses permohonan Pas Pekerja, syarikat yang berstatus MSC akan menerima emel jemputan dari Pusat Servis Ekspatriat, disertai dokumen untuk pendaftaran.
Untuk proses berikutnya, syarikat anda boleh mula membuat Projeksi FKW.
Langkah 1: Projeksi FKW
Kandungan Projeksi FKW memerlukan maklumat lanjut mengenai keperluan pengambilan pekerja Ekspatriat. Tempoh memproses Projeksi FKW mengambil masa tidak lebih dari 14 hari, ianya merangkumi:
- Penyerahan Projeksi FKW.
- Proses semakan oleh ahli komuniti FKW.
- Pembuatan keputusan oleh ahli komuniti.
Langkah 2: Kelulusan
Untuk permohonan FKW ini, syarikat anda akan dimaklumkan dalam tempoh 7 hari untuk semakan status permohonan. Dalam tempoh ini, proses tersebut merangkumi:
1. Penyerahan Permohonan FKW dan pembayaran atas talian.
2. Proses semakan maklumat permohonan dan dokumen oleh MDEC.
3. Pembuatan keputusan oleh pihak MDEC dan Imigresen
4. Surat Kelulusan atau Surat Penolakan akan di muatnaik di sistem eXpats.
Langkah 3: Pengendorsan
Dalam tempoh pengendorsan, syarikat akan menjalani proses berikut:
- Penyerahan Pasport: Pengeluaran surat kebenaran masuk ke Malaysia dan pembayaran atas talian kepada pihak Imigresen. Setelah lengkap, syarikat perlu menyerahkan passport kepada pihak MDEC untuk proses lanjut.
- Pengeluaran Pas: Pihak Imigresen mengeluarkan pelekat Pas Endorsan di pasport pekerja Ekspatriat.
- Pengambilan Pasport: Pengambilan semula pasport pekerja Ekspatriat.
Permohonan Syarikat Bukan Berstatus MSC
Bagi syarikat bukan berstatus MSC terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan untuk memohon Pas Pekerja Ekspatriat.
Langkah 1: Penyerahan Dokumen Syarikat
Sebelum menggunakan perkhidmatan Servis Ekspatriat, syarikat ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), pastikan syarikat anda menepati syarat dan kelayakan berikut:
Untuk syarikat yang menepati syarat kelayakan, syarikat ICT perlu mendaftarkan maklumat syarikat dan menyerahkan dokumen yang berkaitan ke halaman ini. Senarai semakan dokumen untuk syarikat bukan berstatus MSC juga boleh disemak disini.
Langkah 2: Penilaian
Pusat Servis Ekspatriat akan menyemak data permohonan, dokumen dan juga akan membuat lawatan premis. Syarikat akan dimaklumkan dalam tempoh sebulan untuk status permohonan.
Pastikan dokumen anda lengkap kerana tempoh proses akan berlanjutan sekiranya dokumen tidak lengkap.
Langkah 3: Penerimaan Permohonan
Tahniah! Kini syarikat anda boleh mulakan permohonan Pas Pekerja dan melakukan proses yang seterusnya:
- Projeksi FKW
- Kelulusan
- Pengendorsan
Nota:
Proses permohonan Pas Pekerja berkemungkinan akan ditukar sekiranya terdapat perubahan oleh pihak MDEC.
Sumber: eXpats Service Centre
Perkhidmatan Pengurusan Pengambilan Pakar di Malaysia
Seekers Malaysia adalah perkhidmatan pemburu kepala berasaskan prestasi yang didorong oleh hasil yang menyediakan perkhidmatan perundingan kerjaya, sokongan korporat, dan pengurusan pengambilan untuk membantu majikan mencari dan mengupah bakat pakar di pelbagai bidang kepakaran digital dan teknologi.
Pendekatan unik kami untuk menggabungkan teknologi dengan pangkalan data yang luas lebih daripada 22,000 perekrut bebas membolehkan kami mengenal pasti dan mencari bakat profesional yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dengan cepat dan cekap yang paling sesuai untuk matlamat dan keperluan perniagaan anda.
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan memburu kepala kami atau hubungi kami untuk membincangkan keperluan pengambilan anda. Kami berharap dapat membantu anda mencari bakat yang sesuai untuk memacu pertumbuhan organisasi anda.