Gangguan di tempat kerja : Apa Yang Perlu Majikan Buat?

Employer Sep 05, 2020

Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Persekitaran tempat kerja berpotensi mejadi kurang sihat dan selamat untuk pekerja apabila wujud gangguan di tempat kerja.  

Namun, apakah tafsiran untuk gangguan di tempat kerja?

Gangguan di tempat kerja terdapat dalam bentuk lisan, tulisan atapun tindakan fizikal yang dilakukan samada dari pihak pengurusan mahupun pekerja sendiri.

Jenis gangguan tempat kerja yang kerap berlaku ialah:  

i. Gangguan terhadap bangsa yang berlainan.

ii. Penyalahgunaan Kuasa - Gangguan dari individu yang menggunakan kuasa  untuk campur tangan dalam pekerjaan indvidu lain.

iii. Gangguan seksual - berdasarkan asas seksual termasuklah permintaan seksual.

Sebagai panduan, majikan boleh  mengambil 2 langkah ini dalam menangani gangguan di tempat kerja.

Solusi 1: Membuat Polisi Gangguan di Tempat Kerja

Policy 1

Sekiranya syarikat anda tidak mempunyai polisi ini lagi, masih belum terlambat untuk syarikat anda mewujudkan pesekitaran  tempat kerja yang bebas gangguan.  

Jabatan Sumber Manusia dengan kelulusan pihak pengurusan syarikat boleh mencipta polisi dengan isi kandungan berikut:  

i. Definisi gangguan dan Kategori Gangguan di tempat kerja.

ii. Prosedur Pengaduan termasuklah proses siasatan kes, Notis Salah Tuduh dan Kawalan Displin.

iii. Peranan  dan Tanggungjawab majikan dan pekerja.

Solusi 2: Mengikuti Panduan dari Pejabat Buruh

Untuk makluman, Pejabat Buruh  mempunyai kuasa terhad dalam menangani kes gangguan di tempat kerja.  

Bidang kuasa tertakluk kepada Gangguan Seksual, Bahagian (XVA, Seksyen 81A-81G), Akta Pekerjaan 1955.  

Berdasarkan seksyen ini, gangguan seks ditafsirkan sebagai pengaduan  gangguan seksual yang berlaku kepada:

(i)  Pekerja dengan pekerja lain

(ii) Pekerja dengan majikan

(iii) Majikan dengan pekerja

Contoh jenis Gangguan Seksual

Jenis Contoh Gangguan Seksual
Lisan Penggunaan bahasa lucah melalui jenaka, perbualan, bersiul, pujian berasaskan pakaian dan bentuk badan.
Visual Perbuatan dengan penghantaran nota,surat,e-mail, sms, mss,gambar, poster, objek atau kandungan berunsurkan seksual melalui media, elektronik/telemkomunikasi.
Isyarat Ditunjukkan melalui perbuatan yang memberikan anggapan berasaskan seksual seperti renungan menggoda, intipan, menjilat bibir atau bahasa isyarat yang lain.
Psikologi Perbuatan untuk mendekati secara seksual, mengalakkan, mendesak, menggugut, memujuk dengan menggoda untuk memenuhi kehendak seksual melalui e-mail, telefon, surat, atau dalam mana-mana bentuk media yang menyebabkan gangguan emosi dan mental.
Fizikal Perbuatan mendekati individu secara rapat hingga menyebabkan ketidakselesaan hingga rasa rimas (pegang, peluk, menepuk, mengosok, mencubit, mencium dan menyentuh hingga individu berasa tersinggung dan terhina.

Sebagai tambahan,  dengan rujukan bahagian( XVA, Seksyen 81C), majikan boleh  mengambil tindakan displin kepada pekerja jika ganguan seksual dibuktikan berlaku.

Tambahan Maklumat Penting: Prosedur Pengaduan Pejabat Buruh

i. Memfailkan kes ke  Pejabat Buruh melalui kehadiran/surat/e-mail/telefon ke Pejabat Buruh berdekatan dan memberikan maklumat pengadu/alamat, orang yang dituduh beserta alamat dan maklumat mengenai isu.

ii.  Temuduga dengan mangsa.

iii. Penyiasatan.

iv. Penyiasatan dengan majikan dan majikan diminta melakukan siasatan dalaman.

v. Penerimaan laporan penyiasatan daripada majikan.  

vi. Penyiasatan dengan orang yang dituduh.

vii. Pejabat Buruh menyediakan laporan dan cadangan.  

viii. Cadangan dihantar kepada majikan.  

ix. Laporan siasatan kepada mangsa. Jika mangsa tidak berpuas hati, pegawai penyiasat kan mencadangkan  kes dibawa lanjut ke polis atau agenis lain.  

x. Prosedur pengaduan tamat.  

Pihak Seekers berharap artikel ini dapat membantu syarikat anda menguruskan gangguan di tempat kerja.  

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.


Bagaimana untuk mendapatkan berita terkini tentang hal-ehwal Sumber Manusia?

Seekers telah membina set perisian percuma iaitu 'SRS' (Sistem Rekrut Seekers), yang menampilkan berita terkini hal-ehwal  Sumber Manusia di Papan Pemuka.

Register

Spesifikasi Utama  Seekers SRS:

  • Pengiklanan jawatan kosong secara percuma (Tanpa had)
  • Akses pangkalan data calon pekerja (Guna secara percuma dalam tempoh 1 bulan pertama)
  • Khidmat Sokongan Perekrut Bebas (20,000 perekrut di Malaysia untuk pencarian calon)
  • ATS (Sistem Aplikasi Pengesanan)
  • Reka templat profil syarikat

Harapan kami adalah untuk menyampaikan maklumat kepada semua kakitangan Sumber Manusia dan SRS juga akan membantu memudahkan tugasan Sumber Manusia syarikat anda!


Seekers

Seekers will empower hiring companies with free job posting platform combined with Google for Jobs SEO, Automated Screening, Performance Analytics, and Headhunting with Recruiters.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.