Tatacara Keluar dan Kemasukan ke Malaysia untuk Ekspatriat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan(PKPP)

Employer Jul 17, 2020

Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Ini adalah panduan untuk Kebenaran Keluar dan Kemasukan ke Malaysia untuk Ekspatriat/Pekerja Berkemahiran & Berpengetahuan/Pekerja Professional/Pas Residen, Pas Profesional/Dependent, Pas Jangka Lama-Lawatan Sosial/Orang Gaji Asing.

Bahana pandemik Covid-19 membuatkan negara terpaksa menutup sempadan negara selain membawa cabaran kepada pihak majikan terutamanya yang mengambil pekerja ekspatriat.

Kesan pandemik ni membawa kepada pelbagai persoalan dan kekeliruan seperti "Bagaimanakah dengan kebajikan dan pergerakan pekerja ekspatriat? Adakah mereka akan terkandas dan tidak boleh keluar dari Malaysia"?

Untuk makluman majikan, anda tidak perlu khuatir kerana Bahagian Khidmat Ekspatriat (ESD) telah mengeluarkan maklumat mengenai tatacara terkini untuk keluar dan kemasukan semula ekspatriat.


Tatacara  untuk keluar dan kemasukan ke Malaysia -  Khas untuk ekspatriat  yang mempunyai Pas Pekerja yang aktif  berikut:

Pass Pekerja Kategori

i.  (EP I/ II/III)

ii. Residence Pass Talent (RP-T)

iii. Professional Visit Pass (PVP), Dependants

iv. Foreign Maids for (EP I/II /III & RP-T)

v. Long Term Social Visit Pass (LT-SVP) for (EP I/I, III & RP-T)

Prosedur 1

Sebelum bergerak keluar, ekspatriat perlu memohon Kebenaran untuk Keluar dan Kemasukan ke Malaysia daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk maklumat mengenai kemasukan ekspatriat yang berada di luar negara, pemohon boleh merujuk kepada artikel ini dan Peta Minda Kemasukan Ekspatriat.

Semua dokumen dan surat sokongan perlu dihantar melalui emel kepada [email protected]

Permohonan akan diproses dalam tempoh (14) hari dan sekiranya tiada maklum balas selepas (14 hari), permohonan dikira sebagai GAGAL.

Untuk maklumat lanjut :

Hubungi: 03-8880 1449

Ibu Pejabat ESD: Jabatan Imigresen Malaysia, Tingkat 3 (Podium) No 15, Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya.

Prosedur 2

Setelah penerimaan Surat Kebenaran Keluar dan  Masuk ke Malaysia, ekspatriat boleh bergerak keluar/masuk dan perlu memberikan surat tersebut sewaktu perlepasan kepada pegawai Imigresen.

Namun, ekspatriat perlu pulang semula ke Malaysia dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat  kebenaran dikeluarkan.

Prosedur 3

Untuk kemasukan semula ke Malaysia, ekspatriat perlu menjalani  ujian  PCR Covid-19 di luar negara dalam tempoh 3 hari sebelum pelepasan ke Malaysia dan pastikan keputusan ujian Covid-19  adalah NEGATIF.

Ekspatriat WAJIB memuat turun aplikasi telefon  “ My Sejahtera” sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Tujuan utama prosedur ini adalah untuk memantau keadaan kesihatan ekspatriat dan sebagai langkah drastik untuk tindakan rawatan (jika perlu).

Sumber: Google Apps Store

Prosedur 4

Sewaktu ketibaan di Pintu Masuk, ekspatriat perlu mengemukakan dokumen berikut kepada Pegawai Imigresen:

i. Surat Kebenaran Masuk

ii. Pas yang sah/Surat Kebenaran/Visa dengan rujukan(VDR)

iii. Keputusan Ujian PCR COVID-19(jika ada)

Sebagai tambahan, ekspatriat akan menjalini:

i. Ujian PCR COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii. Kurantin Wajib 14 hari di pusat kuarantin National Disaster Management Agency (NADMA)  dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kos Ujian PCR COVID-19 dan kos  rawatan di pusat kuarantin adalah dibawah tanggungan ekspatriat.

Sebagai peringatan:

Sekiranya berlaku KEGAGALAN MEMBAYAR KOS KEPADA KERAJAAN MALAYSIA, pas aktif ekspatriat akan ditarik balik, disenaraihitam dalam sistem Imigresen dan notis  Larangan Mendarat (Not To Land (NTL ) dan pengusiran keluar Ekspatriat.

Oleh itu, pekerja Ekspatriat dikehendaki mematuhi peraturan dan ketetapan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Pintu Masuk yang dibenarkan:

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
  2. Tempat Pemeriksaan , Bangunan  Sultan Iskandar (BSI), Johor
  3. Kompleks Sultan Abu Bakar (Link 2), Johor

Tatacara untuk Keluar - Ekspatriat yang berhasrat untuk pulang terus ke negara asal.

Contoh kes adalah seperti penamatan kontrak/kontrak tamat tempoh/ tempoh Pas dipendekkan. Untuk ekspatriat dengan kes seperti ini, mereka tidak perlu mendapatkan Surat Kebenaran Keluar Malaysia.


Nota

Tatacara ini adalah sebagai rujukan dalam tempoh Perintah Pemulihan Kawalan Pergerakan Kawalan. Terdapat kebarangkalian perubahan prosedur oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan berlaku.

Bagi Ekspatriat yang gagal memperolehi Kebenaran Keluar dan Masuk, anda perlu merujuk kepada pihak  Bahagian Khidmat Ekspatriat(ESD) untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bahagian Khidmat Eskpatriat (ESD)


Bagaimana untuk mendapatkan berita terkini tentang hal-ehwal Sumber Manusia?

Seekers telah membina set perisian percuma iaitu 'SRS' (Sistem Rekrut Seekers), yang menampilkan berita terkini hal-ehwal  Sumber Manusia di Papan Pemuka.

Register

Spesifikasi Utama  Seekers SRS:

  • Pengiklanan jawatan kosong secara percuma (Tanpa had)
  • Akses pangkalan data calon pekerja (Guna secara percuma dalam tempoh 1 bulan pertama)
  • Khidmat Sokongan Perekrut Bebas (20,000 perekrut di Malaysia untuk pencarian calon)
  • ATS (Sistem Aplikasi Pengesanan)
  • Reka templat profil syarikat

Harapan kami adalah untuk menyampaikan maklumat kepada semua kakitangan Sumber Manusia dan SRS juga akan membantu memudahkan tugasan Sumber Manusia syarikat anda!


Seekers

Seekers will empower hiring companies with free job posting platform combined with Google for Jobs SEO, Automated Screening, Performance Analytics, and Headhunting with Recruiters.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.