HRDF - 10 Senarai Skim Majikan di Malaysia 2020.

Employer Aug 21, 2020

Lihat artikel ini dalam Bahasa Inggeris.

Berita baik untuk majikan yang sedang mencari skim latihan dan pembangunan untuk syarikat anda. HRDF (Human Resources Development Fund), merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menyediakan skim untuk majikan di Malaysia.

Skim ini dirangka untuk meningkatkan pembangunan tenaga kerja semasa dan masa akan datang untuk menyokong visi negara ke arah negara berpendapatan ekonomi tinggi.

Artikel ini akan memperlihatkan 10 senarai skim HRDF untuk tahun 2020.


1. Skim Bantuan Latihan (SBL)

Objektif

Bertujuan untuk membantu majikan meningkatkan kemahiran  pekerja dalam operasi pekerjaan.  


Skim ini merangkumi:

i. Latihan In-House (on premise, hotel / kawasan luar)  awam atau ( tempatan/luar negara).

ii. Pembimbing kerjaya.

iii. Pembelajaran mudah alih(mobile-learning).

iv. Khidmat nasihat & bimbingan.

v. Program pembangunan.

vi. Pembelajaran atas talian ( e-Learning/Blended e-Learning (Hybrid)/Mobile Learning/Remote Online Learning).


2. Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas)

Objektif

Bertujuan untuk membantu majikan meningkatkan kemahiran  pekerja dalam operasi pekerjaan.  


Sebagai tambahan aspek, tempoh masa latihan ditambahkan ke 7 jam sebagai tempoh minimum latihan.

Skim ini merangkumi:

i. Latihan In-House (premis, hotel/tempat latihan luar)  &  untuk  2 - 40  orang peserta.

ii. Untuk awam (tempatan / luar negara) - disediakan untuk 1- 9 orang peserta.


3. Skim Latihan Bersama (SLB)

Objektif

Bantuan untuk majikan menjalankan latihan bersama dengan majikan berdaftar yang lain dengan fasiliti pelatih dalaman syarikat atau pelatih luaran.


Penyertaan peserta yang diperlukan adalah dari  2 - 40 orang peserta dan kos latihan perlu dikongsi bersama dengan majikan yang terlibat dengan mengambil kira jumlah peserta.


4. Industrial Training Scheme (ITS)

Objektif

Skim ini disasarkan kepada pelatih yang menjalani latihan industri di premis majikan dengan dari tempoh 2 - 8 bulan.


Majikan akan dibantu dengan bantuan kewangan iaitu:  

i.  Elaun bulanan  maksimum Rm 500/peserta.

ii. Alat perlindungan diri  1set sahaja.

iii. Insuran (jika ada).

iv. Bantuan kewangan ini berdasarkan 20 % dari baki levi daripada tahun pertama permohonan majikan.  


5. Future Workers Training (FWT)

Objektif

Untuk membantu majikan menggaji pekerja yang berkemampuan menjalankan tugasan dengan pengawasan minimum dan untuk melatih bakal pekerja baru dengan skill dan kompetasi yang bersesuaian sebelum memulakan tugasan.


Melalui skim ini, majikan akan menerima bantuan kewangan iaitu:

i. Kos yuran (Program Awam).

ii. RM 1, 300/hari/bilangan peserta

iii. Kos lain.

iv. Elaun harian.


6. On Job Training (OJT)

Objektif

Bertujuan untuk mengalakkan pekerja berkemahiran/penyelia  untuk melatih dan melengkapkan pekerja baru dengan skill yang bersesuaian.

Pekerja baru akan menerima kemahiran dan kompentasi yang bersesuaian untuk menjalankan tugasan yang telah ditetapkan.


Menerusi skim ini, latihan ini boleh dijalankan secara sesi untuk tempoh 1 jam per sesi atau tempoh maksimum 300 jam.

Majikan akan menerima bantuan seperti:

i. Rm 50/jam/pelatih.

ii. Bahan pembelajaran (per resit).  

iii. Buku/jurnal.


7. Computer Based Training (CBT)

Objektif

Bertujuan untuk membantu majikan membeli atau membangunkan perisian latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dan membantu majikan yang tidak dapat menyediakan latihan luaran kepada pekerja.


Majikan akan dibantu dengan bantuan kewangan (tertakluk kepada baki skim).  

Untuk majikan, yang berhasrat  membina  perisan latihan mereka sendiri, perlu memohon kebenaran geran dari  HRDF dengan penyerahan kertas kerja sekurang-kurangnya  1 bulan sebelum pemberitahuan pembinaan perisian tersebut.

Spesifikasi untuk skim ini adalah:


i.  Perisian adalah dalam bentuk CD/ DVD/DVD ROM/video.

ii. Untuk tujuan latihan dan pembelajaran sahaja.

iii. Program latihan adalah berciri interaktif dan pengguna boleh mempelajari kemahiran tanpa pelatih.

iv. Mempunyai kemampuan untuk memeriksa tahap pembelajaran pengguna.  

v.  Perisian yang tidak layak adalah perisian yang digunakan untuk set paparan , pembacaan, atau perisian aplikasi untuk kegunaan harian operasi syarikat.


8. Information Technology (IT)

Objektif

Untuk membantu majikan melatih pekerja dalam bidang Teknologi Maklumat(IT).


Bantuan kewangan disediakan untuk pembelian(desktop/laptop/webcam/sambungan internet) untuk tahun pertama.

Skim ini merangkumi:

i. Pembelian maksimum sebanyak Rm 25,000.

ii. Permohonan boleh dibuat secara 1 kali setiap 3 tahun.

iii. Bilangan desktop/laptop adalah 1 unit untuk  5 orang pekerja.


9. Recognition of Prior Learning (RPL)

Objektif

Bertujuan untuk membantu pekerja mendapatkan pengiktirafan berkenaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman berkerja mereka dari  Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).

Majikan juga boleh membantu pekerja  yang tidak mempunyai sijil kelayakan namun mempunyai pengetahuan dan kemahiran pekerjaan melalui skim ini.


Melalui skim ini, majikan akan dibantu dengan yuran pendaftaran sebanyak Rm 300/bil peserta/tahap seperti yang bayaran yang dikenakan DSD.


10. Training Facilities and Renovation (ALAT)

Objektif

Mendorong latihan dalaman dan peningkatan kemahiran pekerja dengan membeli alat bantu latihan untuk (mendirikan / mengubahsuai / meningkatkan bilik latihan) tidak termasuk pembinaan bangunan, pusat latihan / penyewaan bilik latihan.


Majikan akan menerima bantuan kewangan tertakluk kepada jumlah maksimum 30 % baki levi pada tahun permohonan dilakukan.  

Jenis Bantuan

Bantuan Peralatan Bantuan Penyediaan Bilik Latihan
Set Televisyen Penyediaan wayar untuk Overhead Projector
VCR (Video Cassette Recorders) Lukisan untuk Bilik Latihan
VCD (Video Compact Disc) Player/ DVD (Digital Video Disc) Player Penyediaan penghawa dingin untuk bilik latihan
Projektor Overhead/Multimedia Pemasangan karpet,penghalang cahaya, dinding gelas
LCD dan Direct Projector Ubahsuai siling bilik
Skrin dan papan putih Wayar untuk plug dan soket
Tape latihan dan video Pemasangan kabel network/sambungan internet
Video latihan Compact Disc -
Slide/Poster/Patung -
Kerusi/Meja untuk bilik latihan sahaja -
Papan Flip Chart -
Notebook (setiap tempoh 2 tahun) -

Nota

Majikan perlu mendaftar dengan HRDF untuk memohon skim.

Senarai skim adalah senarai terkini dari HRDF. Terdapat kebarangkalian perubahan skim dari HRDF atau Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Sumber: HRDF


Bagaimana untuk mendapatkan berita terkini tentang hal-ehwal Sumber Manusia?

Seekers telah membina set perisian percuma iaitu 'SRS' (Sistem Rekrut Seekers), yang menampilkan berita terkini hal-ehwal  Sumber Manusia di Papan Pemuka.

Register

Spesifikasi Utama  Seekers SRS:

  • Pengiklanan jawatan kosong secara percuma (Tanpa had)
  • Akses pangkalan data calon pekerja (Guna secara percuma dalam tempoh 1 bulan pertama)
  • Khidmat Sokongan Perekrut Bebas (20,000 perekrut di Malaysia untuk pencarian calon)
  • ATS (Sistem Aplikasi Pengesanan)
  • Reka templat profil syarikat

Harapan kami adalah untuk menyampaikan maklumat kepada semua kakitangan Sumber Manusia dan SRS juga akan membantu memudahkan tugasan Sumber Manusia syarikat anda!


Seekers

Seekers will empower hiring companies with free job posting platform combined with Google for Jobs SEO, Automated Screening, Performance Analytics, and Headhunting with Recruiters.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.