Permohonan Pas Pekerja Melalui Expats Service Centre(MDEC)

Employer Jul 13, 2020

Pusat Servis Ekspatriat (MDEC) merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) dibawah kendalian MDEC  yang ditubuhkan pada 2007 untuk memudahkan proses permohonan Pas Pekerja.

Pusat Sehenti ini memproses Pas Pekerja kepada syarikat yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan syarikat bukan berstatus MSC selain menawarkan   bantuan khidmat pelanggan, Hotline kecemasan dan khidmat perundingan.

Adakah syarikat anda ingin  memohon Pas Pekerja Ekspatriat? Berikut adalah tatacara permohonan untuk syarikat berstatus MSC dan syarikat bukan berstatus MSC.


Permohonan Syarikat Berstatus MSC

Sebelum memulakan proses permohonan Pas Pekerja, syarikat yang berstatus MSC akan menerima emel jemputan dari Pusat Servis Ekspatriat, disertai dokumen untuk pendaftaran.

Untuk proses berikutnya, syarikat anda boleh mula membuat Projeksi FKW.

Langkah 1: Projeksi FKW

*Projeksi FKW adalah penting untuk memohon Pas Pekerja Ekspatriat

Kandungan Projeksi FKW  memerlukan maklumat lanjut mengenai keperluan pengambilan pekerja Ekspatriat. Tempoh memproses Projeksi FKW mengambil masa tidak lebih dari 14 hari, ianya merangkumi:

  1. Penyerahan Projeksi FKW.
  2. Proses semakan oleh ahli komuniti FKW.  
  3. Pembuatan keputusan  oleh ahli komuniti.

Langkah 2: Kelulusan

approved-stamp_172429-360

Untuk permohonan FKW ini, syarikat anda akan dimaklumkan dalam tempoh 7 hari untuk semakan status permohonan. Dalam tempoh ini, proses tersebut merangkumi:

1. Penyerahan Permohonan FKW dan pembayaran atas talian.

2.  Proses semakan maklumat permohonan dan dokumen oleh MDEC.  

3.  Pembuatan keputusan oleh pihak MDEC dan Imigresen  

4. Surat Kelulusan atau Surat Penolakan akan di muatnaik di sistem eXpats.

Langkah 3: Pengendorsan

two-travelers-passports-red-blue-with-boarding-passes-plane_100894-47

Dalam tempoh pengendorsan, syarikat akan menjalani proses berikut:

  1. Penyerahan Pasport: Pengeluaran surat kebenaran masuk ke Malaysia dan pembayaran atas talian kepada pihak Imigresen. Setelah lengkap, syarikat perlu menyerahkan passport kepada pihak MDEC untuk proses lanjut.
  2. Pengeluaran Pas: Pihak Imigresen mengeluarkan  pelekat Pas         Endorsan di pasport pekerja Ekspatriat.
  3. Pengambilan Pasport: Pengambilan semula pasport pekerja Ekspatriat.  

Permohonan Syarikat Bukan Berstatus MSC

Bagi syarikat bukan berstatus MSC terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan untuk memohon Pas Pekerja Ekspatriat.

Langkah 1: Penyerahan Dokumen Syarikat

closeup-hands-passing-contract-unrecognizable-businessman_1098-19612

Sebelum menggunakan perkhidmatan Servis Ekspatriat, syarikat ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), pastikan syarikat anda menepati syarat dan kelayakan berikut:

Sumber: MDEC eXpats Service Centre

Untuk syarikat yang menepati syarat kelayakan, syarikat ICT perlu mendaftarkan maklumat syarikat dan menyerahkan dokumen yang berkaitan ke halaman ini. Senarai semakan dokumen untuk syarikat bukan berstatus MSC juga boleh disemak disini.

Langkah 2: Penilaian

businessman-working-stacks-paper-searching-information-work-desk-office_101448-92

Pusat Servis Ekspatriat akan menyemak data permohonan, dokumen dan juga akan membuat lawatan premis. Syarikat akan dimaklumkan  dalam tempoh sebulan untuk status permohonan.

Pastikan  dokumen anda lengkap kerana tempoh proses akan berlanjutan sekiranya dokumen tidak lengkap.

Langkah 3: Penerimaan Permohonan

3d-checklist_58466-6851

Tahniah! Kini syarikat anda boleh mulakan permohonan Pas Pekerja dan melakukan proses yang seterusnya:

  1. Projeksi FKW
  2. Kelulusan
  3. Pengendorsan

Sumber: eXpats Service Centre


Nota:

Proses permohonan Pas Pekerja  berkemungkinan akan ditukar sekiranya terdapat perubahan oleh pihak MDEC.  


Bagaimana untuk mendapatkan berita terkini tentang hal-ehwal Sumber Manusia?

Seekers telah membina set perisian percuma iaitu 'SRS' (Sistem Rekrut Seekers), yang menampilkan berita terkini hal-ehwal  Sumber Manusia di Papan Pemuka.

Register

Spesifikasi Utama  Seekers SRS:

  • Pengiklanan jawatan kosong secara percuma (Tanpa had)
  • Akses pangkalan data calon pekerja (Guna secara percuma dalam tempoh 1 bulan pertama)
  • Khidmat Sokongan Perekrut Bebas (20,000 perekrut di Malaysia untuk pencarian calon)
  • ATS (Sistem Aplikasi Pengesanan)
  • Reka templat profil syarikat

Harapan kami adalah untuk menyampaikan maklumat kepada semua kakitangan Sumber Manusia dan SRS juga akan membantu memudahkan tugasan Sumber Manusia syarikat anda!

Seekers

Seekers will empower hiring companies with free job posting platform combined with Google for Jobs SEO, Automated Screening, Performance Analytics, and Headhunting with Recruiters.

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.